Friday, February 20, 2009

sarung pisau

khamis malam
semangat untuk buat sarung pisau
buat punya buat
sarung bocor
tampal ngan tanduk kerbau
jadi tapi hati tak puas
buat satu lagi
ulu pisau lak bocor
tampal abuk kayu
jadi tapi hati tak puas
kalau jual
rasa macam tipu untuk harga yang biasa aku jual
kalau cam ni buatannya rm50.00 pun aku rasa tak baik untuk jual
satu stok untuk jual
satu stok untuk ujang refree
"dia tanya berapa hadiahnya"
"sukahati kaulah jang"
kalau kau taknak bayar pun takper ler
walaupun masa aku membuatnya
peluh sampai keibu kaki
tapi aku rasa tak sanggup nak letak baerapa harganya

Wednesday, February 18, 2009

tenang untuk sementara datang duka

setelah lapang jiwa, seterusnya cuba untuk menguruskan hal pinjaman pelajaran omaw anaku
adussssssssssssssssssssssssssssssssss
borang tidak diterima
pinjaman tidak dapat diuruskan selagi tiada borang diterima
kata kptm yang uruskan
nak urus sendiri tak dibenarkan
minta kemukakan borang baru dan pinjaman hanya boleh diberikan bermula untuk tahun ini tahun yang lepas pihak mara tak dapat membantu kerana permohonan tidak diterima
Aduhai kakitangan kptm..................... dia (Diana) meminta aku bersabar permohonan sedang diproses, bersabarlah. bersabarlah aku dan merayulah aku pada anaku agar dapat bersabar juga. setiap kali aku menhubungi kptm ayat yang diberikan adalah ................... sabar!!!!!!
diatas kesabaran ini rupanya tiada sebarang tindakan dari kptm terhadap masalah ini... sabar!!!!!
hinggalah aku pergi untuk kali keduanya bertanyakan hal ini di mara segalanya terjawab.........
KENAPA MASYARAKAT TIDAK MENGHARGAI KAKITANGAN AWAM? inilah antara puncanya. apabila dihubungi tiada tindakan susulan walaupun susulan pertanyaan telah diajukan bebarapa kalinamun tidak diherotkan hanya bibir-bibir kakitangan itu yang diherotkan apabila diajukan pertanyaan. aku bukanlah kakitangan yang terbaik tetapi aku berusaha agar menjadi lebihbaik supaya pandangan masyarakat terhadap kakitangan awam dapat berubah kearah yang lebihbaik dari dulu dan sekarang. aduhai diana semoga diri kamu, anak-anak kamu atau kaum kerabat kamu tidak mengalami keadaan sedemikian rupa. amiin.

2 1/2 tahun mengawasi TMB

"Encik tak adil!!! Masa nak gunakan tenaga kita, encik pujuk supaya kije ngan encik, tapi bila dah tak nak encik lepas tangan jer"
Kata-kata yang menyukarkan untuk tidur semalaman, buka tv tengok takder citer best. tengok tinju paling lawak seingat aku ler
Pagi 18/2/2009 pergi ke pejabat pentadbiran untuk menguruskan masalah pekerja yang berkata-kata seperti ayat diatas. pentadbiran memaklumkan kepada si polan ini adalah pertukaran biasa untuk kakitangan awam, bukan arahan sesuka hati tetapi arahan pengarah. kita keje kerana Allah itu yang utama. pendekata selepas dari itu sipolan meminta maaf dari aku. lapang rasa jiwa untuk seketika

Friday, February 13, 2009

140209 Di TMB

Konsep penswastaan penyelenggaraan tandas awam adakah lebih baik atau sebaliknya?

my First Entry

Ini yang pertama kali saya entry... tunggu jer lah entry saya seterusnya nanti..